Showing posts with label My Life. Show all posts

Inside Masjid Al-Ubudiah Segambut Dalam



Gambar diambil sewaktu Majlis Pernikahan pelanggan di Segambut Dalam. Nice work out.

Weekend job at Shah Alam 2

Pada 24 April lepas ada lah dapat job kecik-kecik. Walaupun kecil janji puas dengan apa yang kita lakukan. Dan yang penting kepuasan dan sumbangan kepada masyarakat seharusnya menjadi keutamaan.

Betul ke perempuan suka busy body



Persoalan yang agak menarik ni. Mungkin betul gak statement tu. Sebab kalau kat tempat aku kerja ni, ppuan la yang suka menyibuk, tak leh tengok orang datang lewat sikit, mesti nk mengomel. padahal seminit pun. Walhal bos kita tak ada cakap apa pun.

Entah apa la yang dia orang boleh dapat. Tapi jangan salah faham, tak semua perempuan macam tu, ada yang sporting dan tak suka menyibuk.

life as 7th April



Still got the fever, just coughing a bit. Maybe need some rest from working life.

Macam ni la hidup, hope next week aku success la dalam satu interview di Kelana Jaya. Kalau dapat syukur, kalau tak dapat pun, aku bersyukur padaMu ya Allah.

Dalam pada tu ada kawan minta tolong amik gambar majlis perkahwinan abang beliau. Tapi lum finalise lagi psal harga.

Kalau Ok insyallah Sabtu ni aku ke Ayer Hitam, Johor.

Apa-pun jodoh pertemuan, rezeki semua tu di tanganNya. Kita hanya mampu merancang semata-mata.

Boring nye...

Hari ni antara hari yang malang. Dah kena kluarkan RM500 untuk repair keta. Breakdown tengah2 jalan, buat malu je. Nasib baik la ada anak buah kat rumah akak, boleh la dia tlg antar aku ke pomen. 

Memang tak sempat rehat la walaupun masih ada lagi demam. Then lepas tu terus proceed amik wife untuk satu temuduga di PJ lak. Dan sampai PJ, penemuduga plak lambat sampai, janji kul 6 ptg. Nak wat cmne, tunggu je la kan?

map ni tempat yang patut pergi hari ni. Tapi lokasi interviewnya telah berubah ke PJ

Demam

Sejak dari Sabtu lagi aku demam dek kerana tonsil yang membengkak di dalam kerongkong aku ni. Kena follow up balik Rabu ni. Dan kalau keadaan tak elok gak, maybe kena buat operation.

Adus!!! Tak pernah-pernah wat operation ni memang mendebarkan. Apapun doakan agar tak perlu lah membuat pembedahan.

Ok la nk siap-siap untuk ke pejabat. Ada meeting plak kat Cyberjaya.

Wassalam

Tempat-tempat menarik di Sabak Bernam

Memandangkan kemungkinan besar ada job di Sabak Bernam Ahad ni, harap2 dapat la, aku tengah survey mana tempat-tempat yang menarik untuk dilawati.

Antara tempat-tempat menarik adalah:

  • Kelong Paradise Waterfront Resort 
    • Website: http://www.kelongparadise.com/home/
    • Tempat yang sesuai bagi pemancing untuk mencuba nasib dan menguji kebolehan masing-masing.
    • Harga resort yang berpatutan dari RM158 per individu
Akhir kata, melanconglah di dalam negerisambil menyokong industri pelancongan tempatan.

Bersukan mengekalkan kesihatan

Semalam aku berpanas membuat survey, so hari ni boleh la stay opis sambil2 tengok blogs kawan-kawan. Now dah 3:02 PM, ada lbh kurang 2 jam setengah lagi nak main friendly bolasepak padang plak. Harap cuaca mengizinkan.

Aku ni kalau game lain selain bola, tak minat sangat nak main. Melainkan volleyball sukan ke dua aku.
Apapun harap menang la. konon nak menang tapi training tak seberapa.

Chow nak solat jap.

Percutian paling murah

Semalam dah bagitau anak-anak yang pada Ahadnya (27 March) aku nak bawa dia orang ke Wet World Shah Alam. Ni antara tempat percutian bersama keluarga paling murah.

Saja nak rileks-rileks sambil tenangkan lupakan pasal kerja. Kerja ni kalau kita fikirkan, tak akan habis. So kita kena seimbangkan antara kerja dan keluarga, sebab matlamat akhir kita adalah untuk mendapatkan keredaanNya, bukan keredaan boss kat pejabat kita nun.

Kat bawah ni gambar masa last visit ke sana.

Photobucket

Berita yang boleh dikatakan hampir gembira

Seperti bias hari ni, siapkan 2 job untuk buat appointment site survey besok. Nak kena tanta vendor gak pasal fiber optic. Dah lebih 3 bulan lum deliver lagi. Lambat gak nk siapkan infra, tah betul tah tidak. Tapi terima je la.

Around 11:00 pagi, dapat panggilan dari ejen pekerjaan pasal satu kerja di area Bukit Jelutong. Kalau dapat Alhamdulillah la, dekat sikit dengan rumah. Tak penat nk travel to workplace about 48 km (one way) everyday.

Kalau la jadi macam budak dalam gambar kat bawah ni, mesti best kan?
Photobucket

Esok bercuti

Alhamdulillah minggu ni tak la sibuk sangat dengan kerja. So boleh la aku apply cuit, esok lusa aku bercuti. Plan nya tak tau nk ke mana lagi. So lepak ngn anak-anak je la.

Sebenarnya ada banyak benda belum settle lagi, escpecially saman ekor. Serkarang nk tengok apa perkembangan terbaru hal ni. Kalau ikut undang-undang, JPJ mana boleh sesuka hati nak blacklist kereta pengguna. Sebab dah ada satu kes di Sarawak di mana pengguna telah menyaman JPJ hal ni dan menang. Cuma tak dihebohkan sangat la.

Tasik Shah Alam

Gambar dirakamkan semasa membawa anak-anak menyusuri Tasik Shah Alam. Betapa tenangnya melihat kehijauan tasik ciptaan Ilahi. Ini adalah anugerah sementara buat kita. Bila-bila masa Dia berhak mengambil kembali nikmat yang diberikan.

Bersuyukurlah kita dengan apa yang ada, sementara nyawa dikandung badan.
 Selalunya bila aku sampai di sini, aku tak akan lupa membeli sebungkus roti untuk diberikan kepada ikan-ikan di sni dan juga kura-kura yang ada. Kongsi rezeki. Ok la dah bersiap-siap nak menonton perlawanan FA Cup antara Manchester United dan Arsenal. Harap United menang dengan 2 - 0.


Best gak time lapar ni burger Mc Donald

Tengok gambar kat bawah ni, terasa sedapnya kalau dapat burger Mc Donald berserta air Pepsi.. Ni sebenarnya mainan sebab beli Happy Meal untuk anak aku. Sorang je beli so yang ke dua pun nak gak la. So terpaksalah tambah RM3 untuk dapatkan mainan yang sama.

Dah lepas seminggu mainan ni entah ke mana perginya. Biasa la kalau budak-budak ni.


Photobucket
Add caption

Hari yang ceria

Aku bukan main semangat datang awal ke pejabat hari ni. Maklumlah ingin mendengar CEO baru memberi ucapan sempena Monthly Communication. Nice speach and he is very good in nature. Still young and every staff hoping for new direction and very prosperous years ahead.

Dan lagi satu happy gak dengar berita Malaysia layak ke pusingan seterusnya bagi bolasepak kalayakan Sukan Olimpik. Tahniah Malaysia.

Kucing kesayangan

Kucing aku ni sebenarnya telah menghilangkan diri. Lepas hilang tu, tiba-tiba muncul plak kucing yang hampir sama. Aku macam pasti ianya kucing aku dulu, tetapi dia datang dah tak macam dulu. Dah tak kenal yang tu rumah yang dia duduk dahulu.

Misteri pun ada. Apa kena ngn dia ni.

Photobucket

Rambutan

Ni pulak rambutan depan rumah aku yang ditanam oleh pemaju. Berbuah pun x la banyak. Kira boleh makan la.

Photobucket

Feri ke Tanjung Balai

Ni semasa menghantar pulang pembantu rumah pada pertengahan 2009. Dah tak kerja nak buat macam mana. Kurang-kurang dia berhenti cara baik. Anak2 pun ok dengan dia sebenarnya.

Port Klang ferry

Kat bawah ni gambar dia..

Photobucket

Ingatan untuk anak ku

Gambar dirakam semasa singgah di Melaka sewaktu melakukan site survey di UiTM Bandaraya Melaka. Rantai tangan untuk dua anak perempuan tersayang.