Bank Rakyat untung RM1.28b

BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.28 bilion bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2010.
Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, keuntungan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 21.5 peratus atau RM227.4 juta berbanding RM1.06 bilion pada tahun sebelumnya.

Katanya, peningkatan keuntungan itu secara keseluruhannya adalah hasil daripada peningkatan pendapatan pembiayaan, selari dengan pertumbuhan kukuh baki pembiayaan dalam semua segmen perniagaan bank.

“Dalam tempoh sama, keuntungan bersih adalah sebanyak RM1 bilion berbanding RM743.4 juta pada tahun sebelumnya, melonjak 34.6 peratus atau RM257.6 juta.

Baca seterusnya...

0 comentários: