Tuesday, March 22, 2011

Amat memalukan bila mendedahkan keaiban saudara seislam

Entah apa nak jadi dengan dunia sekarang. Manusia makin seronok mendedahkan keaiaban seseorang dengan tanpa batasan dan rasa segan. Seolah-olah tidak ada lagi hukum agama untuk menentukan kesalahan seseorang. Kita mempunyia sumber perundangan yang cukup untuk mensabitkan kesalahan seseorang, tetapi apa yang kita lakukan adalah sibuk mencanang keburukan saudara kita ke seluruh persada alam maya.

Marilah kita semua kembali kepada Quran dan Sunnah dalam menentukan antara yang hak dan batil tanpa mengira apa fahaman politik masing-masing. Mungkin sebab inilah ramai dari anak-anak muda kita menjauhi politik yang dikotorkan oleh mereka-mereka yang tamak dengan pangkat dan kuasa.

Kembalilah kepada ajaran Quran sebelum bala menimpa kita semua. Telah banyak sejarah yang menunjukkan bagaimana bandar Pompei di Italy dilenyapkan dalam satu malam.

Tepuk dada, tanya iman.

2 comments:

Kak Eiza said...

Akak sokong.. dunia politik sekrang mmg semakin mengaibkan!.. masing2 mmg semua materialistik!

riedz-one said...

dulu rajin gak baca paper yang ada berita politik, skrg saya pun dh malas. Yang penting kita ttp kan prinsip kita

Post a Comment