Saturday, March 19, 2011

Khurafat berkenaan bulan Safar

Orang Melayu nampaknya masih tak dapat lari dari perkara-perkara khurafat. Contoh paling dekat adalah anggapan tidak boleh melangsungkan pernikahan pada bulan Safar.

Padahal Nabi terang-terangan melarang anggapan sedemikian berdasarkan hadis di bawah:

“Tidak ada penyakit menular (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu, dan tidak ada bala (bencana) pada bulan Safar (seperti yang dipercayai).”

Harap dikalangan kita dapat meninggalkan perkara yang bole membawa syirik. Dan dosa syirik tidak akan mendapat keampunan Allah sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment