Sejarah: Kubur Belanda

Mai kita belajar sejarah plak. Kali ini sejarah Melaka. Ni pasal kubur Belanda yang terletak di Melaka yang menyimpan banyak sejarah berkenaan penjajahan barat di kepulauan Melayu.

Kubur Belanda 
Kubur Belanda yang terkenal ini terletak di Bandar Hilir bersebelahan dengan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka. Kubur ini digunakan pada akhir suku kurun ke-17 dan mempunyai 5 kubur Belanda dan 33 kubur British di dalam kawasan ini. 


Tanah perkuburan ini pertama kali digunakan pada suku ketiga kurun ke-17. Hingga sekarang terdapat kubur 5 orang Belanda dan 33 kubur orang Inggeris. Tanah perkuburan ini digunakan dalam dua peringkat iaitu antara tahun 1670-1682 dan diubah antara tahun 1818-1838 apabila pihak British mengambil-alih Melaka pada tahun 1795, apabila mereka menggunakan bukit St. Paul sebagai tanah perkuburan, hanya pada tahun 1818 barulah mereka menggunakan tanah perkuburan ini. 


Kapten John Kidd adalah orang pertama yang ditanam di sini manakala isteri seorang pegawai British adalah orang terakhir iaitu pada tahun 1838. Kebanyakan orang Inggeris yang ditanam di sini adalah pegawai pusat. Tetapi terdapat juga beberapa orang isteri tentera yang ditanam di sini. Tanah perkuburan ini menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya kubur dua orang pegawai tentera British yang mati ketika perang Naning. Tanah perkuburan ini telah digazetkan di bawah Akta Antikuiti 1976. 

0 comentários: