Semua kerana duit

Kadang-kadang duit ni boleh menyebabkan sebahagian dari kita merasa sombong. Semalam ada la kawan aku, dia menyumpah kat pengemis sebab katanya pengemis tu berbadan sihat dan boleh bekerja. Sian pengemis tu.

Bagi aku yang jahil ni, apa yang berlaku adalah ujian Allah. Dan kita tak tahu bahawa pengemis tu memang dirancang Allah untuk menguji hati kita. Sapa tahu kan? Dan kalau Allah nak tarik rezeki kita ni, anytime Allah boleh tarik, tak semestinya on-the-spot.

Photobucket

So hati-hatilah dengan apa yang kita bakal ucapkan dari mulut kita ni. Elakkan dari menyumpah dan memperlekehkan orang lain, hatta pengemis yang berbadan sihat sekalipun. Kalau kita tak nak bagi kat dia orang pun, kita senyap je, jangan cakap apa-apa dan mengutuk mereka. Sebab kita tak tau sebenarnya siapa mereka. Dan harus diingat bahawa malaikat boleh datang dalam bentuk manusia dengan kehendak Allah.

Sekian saja untuk malam ini sebelum aku melabuhkan tirai untuk beradu pulak.

Have a nice day to all of my readers.

0 comentários: