Asal usul Scrabble

Photobucket
Satu pertandingan scrabble di Bukit Jalil pada 6 May 2011

Scrabble ialah mainan berpapan susun kata yang melibatkan 2 hingga 4 orang pemain bersaing mengumpul mata berdasarkan nilai perkataan yang dibentuk daripada keping huruf di atas papan permainan berpetak-petak (15 lajur dan 15 baris).
Kepingnya berbentuk bujur sangkar yang bertuliskan satu huruf pada mukanya. Setiap pemain mengambil sebanyak tujuh buah keping huruf dari kantung, lalu cuba membentuk perkataan secara mendatar atau menurun seperti teka silang kata. Perkataan yang dibentuk harus terdapat dalam kamus am yang berpadan dengan bahasa yang dimainkan. Pemain yang mengumpul jumlah mata tertinggi dijadikan pemenang.
Scrabble dijual di 121 negara dalam 29 versi bahasa di dunia. Seratus juta set permainan Scrabble terjual di seluruh dunia, dan setiap tiga keluarga di Amerika memiliki satu set permainan Scrabble.[1][2]
Di Amerika Syarikat dan Kanada, nama Scrabble ialah cap dagang dari Hasbro, manakala di negara-negara lain, cap dagang Scrabble dipegang oleh J. W. Spear & Sons. Sebelum diambil alih oleh J. W. Spear di tahun 1993, Scrabble adalah cap dagang milik Murfett Regency di Australia. Permainan ini juga dikenali sebagai AlfapetFUNWORDERSkip-A-Cross, dan Palabras Cruzadas.

0 comentários: