Mengisi masa lapang bersama keluarga adalah saat yang tidak ternilai bagi sesebuah keluarga. Didiklah anak-anak agar menjadi insan yang bijak menghargai ciptaan alam kurniaan Allah.
Semalam, 31 Januari 2015, mendapat kerja untuk mengambil gambar akad nikah di Tanjung Karang. Penuh dengan suasana kampung. Teringat pula kampung halaman sendiri di timur Semenanjung. Damai dan menyegarkan. Moga keindahan dan ketulenan kampung-kampung sekitar dikekalkan. Amin.
Sokongan tak berbelah bagi dari Ultras Malaya dan juga para peminat untuk pasukan bolasepak Malaysia semasa menentang pasukan Vietnam di separuh akhir pertama di Shah Alam.