Demo F1 Team Lotus di Putrajaya esok

Sapa-sapa yang berkelapangan dan kepada fotografer, boleh la ke Putra Jaya esok di mana ada demo F1 Team Lotus.

Kalau free rasanya nak ke sana gak. Boleh la amik gambar puas-puas.

Sedutan berita dari Bernama seperti di bawah:

UALA LUMPUR - Formula 1 (F1) kembali di jalan raya di Malaysia dan buat pertama kali sejak penganjuran pada 1999, satu demonstrasi pemanduan jentera F1 akan diadakan di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya, esok.
 
Demonstrasi itu akan disertai oleh Team Lotus yang akan mempamerkan kehebatan jenteranya Lotus T128 bersama dua pemandunya Jarno Trulli dan Heiki Kovalainen yang akan diadakan di hadapan Istana Keadilan.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Kabinet lain dijangka hadir, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC) Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali dalam satu kenyataan, semalam.

"Ini adalah demonstrasi julung kali diadakan di Putrajaya dan acara hebat ini bertujuan untuk menyemarakkan kemeriahan perlumbaan F1 dan untuk memaklumkan kepada peminat perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia 2011 semakin hampir," katanya.
Dianjurkan bersama oleh Team Lotus, SIC dan Putrajaya, acara itu juga diadakan sempena program promosi SIC untuk edisi ke-13 perlumbaan F1 GP Malaysia yang akan diadakan di litar Sepang pada 8 hingga 10 April ini.

"Melalui penganjuran acara itu, membolehkan rakyat di negara ini mengenali mereka dan membangkitkan kesedaran tentang kewujudan pasukan Malaysia ini," kata Ahmad Razlan.

Acara demonstrasi itu turut akan dimeriahkan dengan penganjuran perarakan kereta Super Siri Malaysia (MSS), demonstrasi drift, basikal 'pocket bike' dan aksi stunt motosikal supermotard dan pesawat AirAsia A320 akan membuat lintasan khas.

Aktiviti pentas akan bermula dari 10 pagi dan demonstrasi itu akan bermula dari 2 petang. Masuk adalah percuma.

Demonstrasi pemanduan kereta F1 merupakan program utama sempena penganjuran perlumbaan itu bermula 1999 oleh Red Bull Sauber Petronas F1 Team, menampilkan Jean Alesi dan Pedro Diniz yang diadakan di sekitar Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur.

Tahun lepas, peminat pemotoran negara teruja dengan penampilan semula raja F1, Michael Schumacher bersama pasukannya Mercedes GP Petronas dan rakan sepasukan Nico Rosberg di sekitar Jalan Binjai dan di parkir Kuala Lumpur City Centre. - Bernama

0 comentários: