Tips semasa mengambil gambar parti Hari Lahir Kanak-kanak

Mengambil gambar kanak-kanak terutamanya dalam majlis hari lahir adalah sesuatu yang mencabar. Antara tips-tips penting yang harus dilakukan adalah seperti berikut:


  • Rendahkan kamera bersamaan dengan mata subjek. Ini memberikan persepektif yang menarik kepada gambar yang diambil.
  • Pelbagaikan komposisi aperture/white balance dan juga 'focal length' yang tentunya meninggalkan kesan yang pelbagai dan menarik bagi hasil ciptaan anda.
  • Semasa mengambil 'group photo' anda juga perlu mengambil gambar subjek dari sudut yang tinngi. Gunakan kerusi yang bersesuain jika perlu.
  • Mengambil gambar kandid adalah satu elemen yang penting yang boleh mengagambarkan hubungan kekeluargaan secara spontan.
  • Akhir sekali, amat penting bagi jurugambar mengambil gambar keadaan sebelum, semasa dan selepas majlis berlangsung bagi menggambarkan suasana sebenar sesuatu majlis.
Akhir kata, selamat mencuba. Dan weekend ini, saya aka ke satu majlis hari jadi anak rakan sebagai 'official photographers'.


0 comentários: